Sabtu, 7 November 2009




TaUTan hATi

ANDA INGIN MENJADI LEBIH CANTIK & MENARIK?????

  • Jadikanlah 'GHADUR BASHAR' (menundukkan pandangan)sebagai hiasanmata anda,nescaya akan semakin bening dan jernih.....
  • oleskan 'lipstik kejujuran'pada bibir anda,nescaya akan semakin manis.....
  • gunakanlah pemerah pipi dengan kosmetik yang terbuat dari rasa'malu' yang dibuat dari 'salon iman'......
  • pakailah sabun istighfar yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan......
  • rawatlah rambut anda dengan'selendang'yang akan menghilangkan pandangaN Lelaki yang merbahayakan......
  • hiasilah kedua tangan anda dengan 'gelang tawadhu'dan jari-jari dengan 'cincin ukhwah'......
  • sebaik-baik kalung anda adalah kalung 'kesucian'.......
  • bedaklah wajah anda dengan 'air wudhu',nescaya akan bercahaya di akhirat.......

Wanita

Wanita ibarat bunga.....cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara.....yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya....kerana akhlak itu umpama bunga diri.......tiada guna berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu....ibarat bunga.....ada yang cantik bila dipandang tetati busuk baunya......ada pula yang kurang menarik dan baunya yang kurang menyenangkan.....ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar....tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya...


Keistimewaan gadis yang ditarbiah adalah mudah berubah dan belajar dari kesilapan kerana asanya dia meletakan apa yang Allah suka di depan

Jumaat, 6 November 2009

firman ALLAH SWT:janganlah kamu berkata-kata lembut manja(semasa bercakap dengan lelaki asing)kerana demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hati(menaruh tujuan buruk kepada kamu).

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik kepada kamu,boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk kepada kamu.ALLAH MAHA MENGETAHUI SEDANGKAN KAMU TIDAK MENGETAHUI."
mana ada manusia yang tiada masalah.orang merasakan dirinya tidak bermasalah sebenarnya sangat bermasalah.orang yangterlalu memikirkan masalahnya juga sangat bermasalah dengan dirinya sendiri.kita patut menjadi orang pertengahan .apabila didatangi oleh masalah kita haruslah menghadapi dengan tenang dan tabah.berfikir positiflah terhadap setip masalah yang menimpa KERANA ITU BUKTI CINTA ALLAHPADA KITA.kita harus bijak merungkai masalah yang berserabut difikiran kita satu persatu.yakinlah bahawa setiap sesuatu masalah yang menimpa itu,akan didatangkan dengan 1001 penyelesaian.kita tak seharusnya hanya merintih tetapi harus mencari jalan penyelesaiannya.

diri saya

Assalamualaikum... saya Ummi Syafiqah dan bersekolah di SMKJ(F). Unit beruniform yang telah saya sertai adalah Bulan Sabit Merah (BSM). Felda Gugusan Jelai (F) merupakan tempat kelahiran saya ianya terletak di luar bandar. Saya merupakan salah seorang daripada penerima anugerah 10 terbaik dalam program skor A PMR 2009. Saya baru sahaja menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Saya telah melibatkan diri dalam permainan catur. SMKJ(F) adalah diantara sebuah sekolah yang menggunaan internet tanpa wayar (wireless). Sesebuah panatia diketuai oleh guru. Antara kejayaan yang pernah saya miliki adalah menyertai pertandingan kawad kaki hingga ke peringkat negeri. Guru disiplin dan pengawas sekolah berperanan membentuk dan mengawal disiplin pelajar. Selain itu, BADAR juga telah ditubuhkan untuk membentuk sahsiah pelajar sekolah ini. SMKJ(F) ini juga telah diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan olahraga. Konsep 1 Malaysia telah diamalkan dalam kalangan pelajar sekolah ini. Sekian terima kasih.......

Senarai Blog Saya

  • Resepi agar agar milo, resepi agar agar keladi, resepi agar agar kelapa, resepi agar agar kering, resepi agar agar santan pandan, resepi agar agar, resep...
    3 tahun yang lalu
  • -Assalamualaikum- Fikiran yg POSITIVE menghasilkan Emosi yg POSITIVE Emosi yg POSITIVE menghasilkan Hasil Tindakan yg POSITIVE Tindakan yg POSITIVE me...
    10 tahun yang lalu
  • *LyRiC* Kanashimi no mukou kishi ni Hohoemi ga aru toiu yo Kanashimi no mukou kishi ni Hohoemi ga aru to iu yo Tadori tsuku sono saki ni wa Nani ga bokura...
    14 tahun yang lalu
  • 14 tahun yang lalu